Dalam semangat berkongsi rezeki dan menyemai kasih sayang menjelang Syawal, Yayasan PEKEMA meneruskan Program Bantuan Persiapan Menjelang Syawal 2026 di sekitar Negeri Sembilan, hari ini.
Bertempat di Mydin Mall Seremban 2 pada 22 Februari 2026, seramai 217 pelajar tahfiz dan asnaf sekitar Jelebu dan Seremban telah disantuni bagi membantu mereka membuat persiapan Aidilfitri dengan penuh kegembiraan.
Majlis ini diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Sheikh Mohamed Zulkifli bin SM Amin, Biro Kenderaan Tenaga Baru dan Mobiliti PEKEMA.
Diharapkan inisiatif ini bukan sahaja meringankan beban, malah menyuntik kegembiraan dan semangat baharu dalam menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.
Semoga setiap usaha yang dilaksanakan membawa manfaat berpanjangan serta keberkatan kepada semua pihak yang terlibat.








