Mesyuarat Agung Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) Kali Ke-45, 2026 berlangsung dengan jayanya di Sunway Resort Hotel, Bandar Sunway pada Sabtu, 21 November lalu.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), YBhg. Datuk Hanafi Sakri atas kesudian merasmikan majlis mewakili YB Menteri MITI, serta seluruh syarikat ahli dan warga kerja yang sentiasa memberikan sokongan padu.
Bersempena pemilihan barisan kepimpinan baharu bagi penggal 2026–2029, Presiden PEKEMA, YBhg. Datuk Mohamed Nazari Noordin menegaskan komitmen persatuan untuk terus memacu transformasi industri automotif Bumiputera melangkaui model pengimportan konvensional menerusi empat teras utama:
• Penerokaan Pasaran Eksport Antarabangsa: Meneliti potensi eksport kenderaan terpakai ke pasaran Bangladesh dan Pakistan dengan kerjasama strategik bersama MITI dan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii).
• Pembangunan Ekonomi Kitaran (ELV): Mengkaji peluang pemerolehan lesen Authorised Automotive Treatment Facility (AATF) bagi pengurusan dan kitar semula kenderaan akhir hayat secara mampan.
• Pemerkasaan Ekosistem Mobiliti Hijau: Mempergiat pembangunan infrastruktur pengecasan pantas kenderaan elektrik (EV) menerusi SenangCas Sdn. Bhd.
• Pengukuhan Rantaian Logistik: Merangka kerjasama strategik bagi menjadikan Pelabuhan Kuantan sebagai pintu masuk kedua bagi pengimportan kenderaan CBU dari Jepun.
Semoga mandat baharu ini terus memperkukuh kedudukan usahawan Bumiputera sebagai pemain utama dalam rantaian nilai industri automotif serantau.















