Delegasi Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of Japan to Malaysia, H.E. Noriyuki Shikata.
Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan dua hala serta membuka ruang kepada perbincangan dan kerjasama strategik antara Malaysia dan Jepun, khususnya dalam sektor automotif dan perdagangan.
Delegasi PEKEMA dihadiri oleh YBhg. Datuk Hj. Mohamed Nazari Bin Noordin, Presiden PEKEMA, bersama barisan kepimpinan persatuan yang terdiri daripada YBhg. Datoβ Hj. Wan Sazrudeen Bin Datoβ Hj. Wan Zaid, Timbalan Presiden PEKEMA, En. Ahmad Faresh Bin Ahmad Zahid, Setiausaha Kehormat PEKEMA, Tn. Hj. Ikmal Haqemi Bin Datoβ Sri Ikmal Hisham, Bendahari Kehormat PEKEMA, Tn. Ts. Hj. Yusuf Roy Fitri Bin Mohamad Johnny, Naib Presiden PEKEMA Sarawak dan En. Azwan Bin Mohd Noor Ariffin, AJK & Biro Perhubungan Kerajaan dan Pembangunan Perniagaan PEKEMA.







