Mesyuarat Agung Tahunan KOPEMA Ke-4 telah berlangsung dengan jayanya semalam, menghimpunkan ahli-ahli koperasi bagi membincangkan pelbagai isu dan usul yang telah dibentangkan serta diluluskan demi memperkukuh hala tuju dan pembangunan koperasi.
Mesyuarat turut diisi dengan sesi taklimat daripada pihak POIS berkenaan Sistem e-Daftar yang memberikan penerangan serta panduan kepada para ahli mengenai pelaksanaan dan penggunaannya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli KOPEMA yang telah hadir serta memberikan komitmen sepanjang mesyuarat berlangsung. Semoga segala keputusan yang dicapai dapat membawa manfaat dan kemajuan kepada koperasi serta seluruh anggotanya.
















