Malam penuh keberkatan, hati yang disatukan dengan keprihatinan. ✨
Yayasan PEKEMA berbesar hati meraikan 150 pelajar tahfiz dan anak-anak asnaf dalam Majlis Malam Seribu Keberkatan & Kerahmatan – Iftar Bersama Yayasan PEKEMA di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.
Selain berbuka puasa bersama, sumbangan tunai turut disampaikan sebagai tanda kasih dan tanggungjawab sosial kepada mereka yang memerlukan.
Semoga usaha ini membawa kegembiraan dan mempererat silaturahim dalam keberkatan.










