MARANG, 24 DISEMBER – Yayasan PEKEMA dengan sukacitanya menyerahkan sumbangan berjumlah RM30,300 dalam bentuk baucar kelengkapan sekolah kepada 303 murid yang terjejas akibat banjir baru- baru ini di Marang, Kuala Terengganu.
Semoga anak-anak ini akan terus cekal dan tidak berputus asa dalam menimba ilmu meskipun menghadapi dugaan.











