Alhamdulillah, program E-Invoice Implementation Training anjuran PEKEMA Academy telah berlangsung dengan jayanya pada 25 dan 26 September 2025 (Khamis & Jumaat) bertempat di Mulu Room 3 & 4, Aras 1, Raia Hotel & Convention Centre, Kuching, Sarawak.
Sepanjang dua hari program ini, para peserta yang terdiri daripada ahli-ahli PEKEMA telah didedahkan secara komprehensif kepada pelaksanaan sistem E-Invois. Ini adalah satu langkah penting dalam penyesuaian kepada kehendak semasa percukaian dan digitalisasi perniagaan. Sesi latihan ini bukan sahaja memberi pemahaman mendalam tentang struktur dan keperluan E-Invois, malah turut merangkumi panduan teknikal serta contoh pelaksanaan sebenar.
✨ Suasana pembelajaran yang interaktif dan kerjasama antara peserta menjadikan program ini satu pengalaman yang amat bermanfaat dan membuka ruang untuk persediaan yang lebih tersusun menjelang pelaksanaan E-Invois secara menyeluruh.
🙏 Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang hadir, fasilitator, serta pasukan urus setia yang telah menjayakan program ini. Semoga segala ilmu dan input yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam pengurusan perniagaan masing-masing.





