Alhamdulillah, Bengkel Penambahbaikan SOP – Semakan Dokumen melalui Sistem PEKEMA-APDVS2.0 (2025) bersama pihak Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah berlangsung dengan jayanya di Kuantan, Pahang, hari ini (6 September 2025).
Bengkel ini menjadi wadah penting untuk memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kecekapan serta memastikan ketelusan dalam proses pengimportan kenderaan.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada MITI atas kehadiran dan sokongan padu, AJK dan EXCO PEKEMA, Jabatan Dokumentasi PEKEMA dan kakitangan PEKEMA atas usaha dan komitmen dalam menjayakan bengkel ini.
Kerjasama erat semua pihak adalah kunci kepada keberhasilan transformasi digital industri automotif negara.









