PUTRAJAYA, 5 Mac 2026 – Sesi Perjumpaan Ahli PEKEMA Zon Tengah yang menghimpunkan ahli-ahli PEKEMA bagi mengukuhkan hubungan silaturahim serta berkongsi perkembangan dan inisiatif terkini persatuan telah berlangsung dengan jayanya di Palm Garden Hotel, Putrajaya, semalam.
Majlis dimulakan dengan sesi taklimat berkaitan fasiliti kewangan oleh Bank Muamalat Malaysia, diikuti dengan sesi taklimat serta majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara Koperasi PEKEMA Berhad (KOPEMA) dan POIS Sdn Bhd. Turut diadakan pembentangan kajian oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) kepada pihak PEKEMA.
Majlis ini juga menyaksikan pelancaran Program PEKEMA Prihatin – Gerobok Rezeki Siswa bersama 11 Institusi Pengajian Tinggi, sebagai satu inisiatif dalam menyokong kebajikan serta membantu pelajar yang memerlukan. 11 universiti itu ialah:
1. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
2. UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)
3. UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
4. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP)
5. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
6. UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA)
7. UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)
8. UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
9. UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)
10. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
11. UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM)
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Salam Ramadan Al-Mubarak.












