Alhamdulillah, Yayasan PEKEMA terus komited meneruskan tradisi kebajikan tahunan melalui Program Pembelian Baju Raya 2026, sebagai tanda keprihatinan berterusan terhadap anak-anak yatim, pelajar tahfiz serta golongan asnaf di Zon Selatan.
Seramai 270 penerima telah diraikan dalam program ini, memberi mereka peluang memilih sendiri kelengkapan Aidilfitri seperti pakaian baharu, kasut dan keperluan lain menjelang Syawal. Pendekatan ini bukan sahaja memberi kebebasan membuat pilihan, malah menyuntik rasa dihargai, membina keyakinan diri serta menghadirkan keterujaan dalam membuat persiapan raya seperti insan lain.
Antara institusi yang menerima manfaat pada tahun ini ialah:
▪️ Maahad Tahfiz Sains Al Insyirah (60 pelajar)
▪️ Pertubuhan Kebajikan & Rumah Anak Yatim Shafar (25 pelajar)
▪️ Rumah Perlindungan dan Kebajikan Kanak-Kanak TBQ (55 pelajar)
▪️ Pertubuhan Kebajikan Ehsan Penyayang Johor Bahru (130 orang)
Tahun ini merupakan tahun keempat Tn. Hj. Muhammad Fahmi B. Datuk Seri Paduka Dr Hj Hassan dari Kasawari Motors Sdn Bhd mewakili Dewan Muda PEKEMA bagi Zon Selatan dalam menyempurnakan serta menyampaikan sumbangan kepada para penerima.
Kehadiran dan penglibatan berterusan beliau saban tahun bukan sahaja melambangkan komitmen peribadi yang tinggi, malah mencerminkan iltizam kukuh dalam memartabatkan tanggungjawab sosial korporat serta menyokong agenda kebajikan Yayasan PEKEMA secara konsisten.








