
Program PEKEMA Riders Pahang Attack 2025 telah berjaya menghimpunkan penunggang motosikal dalam satu inisiatif yang dianjurkan bagi mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli dan komuniti rider, di samping menyemai semangat kebersamaan serta tanggungjawab sosial.
Program ini telah dimulakan dengan sesi perlepasan rasmi di Wisma Yayasan PEKEMA, Cyberjaya, sebelum konvoi bergerak ke Bera Waterfront, Bandar Bera, Pahang, dan seterusnya ke Restoran Udang Galah Orang Asli, Triang, Pahang.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Naib Presiden PEKEMA, YM Raja Petra Marudin bin Raja Nordin, yang dalam ucapannya menekankan kepentingan pengukuhan ukhuwah serta penglibatan ahli dalam aktiviti yang memberi manfaat kepada komuniti.
Program turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah serta penyampaian sumbangan kepada Maahad Tahfiz terpilih, sebagai sebahagian daripada komitmen PEKEMA dalam menyokong pembangunan komuniti dan pendidikan.
PEKEMA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penunggang serta pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.










