Kuching, Sarawak
16 Ogos 2025
Mesyuarat Agung Tahunan ke-37 PEKEMA Sarawak melabuhkan tirai dengan penuh bermakna.
Exco PEKEMA Pusat berbesar hati hadir bersama bagi mengukuhkan silaturrahim, diketuai oleh Penasihat PEKEMA, Dato’ Haji Zainuddin bin Abd Rahman, dan turut disertai kepimpinan utama dari PEKEMA Pusat serta PEKEMA Sabah.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada PEKEMA Sarawak selaku tuan rumah atas sambutan mesra serta penganjuran yang sangat teratur.
Semoga hubungan erat ini terus menjadi landasan untuk memacu persatuan ke hadapan, seiring aspirasi ahli di seluruh negara.
AGM Ke-37 PEKEMA Sarawak kali ini bukan sahaja menjadi medan memperkukuh ukhwah sesama ahli, malah turut menjadi platform untuk bertukar pendapat dan cadangan, khususnya bagi penambahbaikan dalam tadbir urus persatuan.
Selain itu, perbincangan juga menyentuh tentang agenda perniagaan yang boleh kita jalankan mengikut perkembangan semasa, agar PEKEMA terus relevan dan maju ke hadapan.
Sesungguhnya, ini adalah satu mesyuarat yang penuh makna. Semoga ukhwah yang terjalin sesama kita terus utuh hingga ke akhirnya, dan semoga usaha kita bersama memberi manfaat kepada semua ahli persatuan.
















