11 Ogos 2025, Cyberjaya – Sesi Libat Urus Perjumpaan dan Perbincangan Dua Hala PEKEMA bersama Cawangan Penilaian, Bahagian Perkhidmatan Teknik (PERTEK), Ibu Pejabat Putrajaya telah diadakan di Wisma Yayasan PEKEMA, Cyberjaya.
Sesi ini diadakan bertujuan untuk memastikan kedua-dua pihak, PEKEMA dan PERTEK dapat bergerak seiring dalam meningkatkan proses penilaian, pematuhan undang-undang dan kelancaran urusan pengimportan. PEKEMA juga komited untuk menjadi rakan strategik PERTEK, bukan sekadar penerima polisi, tetapi juga penyampai maklumat kepada ahli-ahli PEKEMA
Dalam sesi ini, beberapa isu-isu telah dibangkitkan berdasarkan pengalaman dan maklum balas daripada Ahli PEKEMA seperti:
– Kuasa Pegawai Penaksir di bawah Seksyen 13 Akta Kastam
– Proses permohonan penilaian kenderaan
– Pengurangan varian
– Perbezaan nilai bagi kenderaan sama dari negara berbeza
– Penetapan kadar tukaran wang asing
– Automasi permohonan nilai harga kastam
PEKEMA percaya bahawa kerjasama erat dan komunikasi berterusan dengan pihak PERTEK akan membawa lebih banyak manfaat kepada semua pihak—pihak Kastam, pengimport (pemegang AP Terbuka), dan juga rakyat sebagai pembeli dan pengguna. Sekali lagi, sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pihak PERTEK atas kesudian mendengar pandangan daripada PEKEMA. Mudah – mudahan sesi ini menjadi titik tolak kepada proses penambahbaikan yang lebih signifikan pada masa akan datang.














