Pada 4 Ogos 2025, telah berlangsung satu sesi pembentangan oleh Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA), Universiti Utara Malaysia (UUM) kepada pihak Exco dan Ahli Jawatankuasa PEKEMA bertempat di Wisma Yayasan PEKEMA, Cyberjaya.
TISSA-UUM telah dilantik oleh PEKEMA untuk menjalankan satu kajian industri yang merangkumi tiga (3) bidang utama yang memberi impak kepada ekosistem perniagaan ahli-ahli PEKEMA. Kajian selama tiga (3) bulan ini memberi tumpuan kepada sektor automotif dalam negara dan melibatkan aspek insentif serta pelepasan cukai, tahap persaingan dalam industri, dan kelangsungan perniagaan ahli PEKEMA.
Delegasi TISSA-UUM seramai 11 orang diketuai oleh Timbalan Dekannya, Prof. Madya Dr. Raja Haslinda binti Raja Mohd. TISSA-UUM merupakan antara sekolah perakaunan tertua dan berprestij di Malaysia.














