Pulau Pinang, 10 Mei 2025 – PEKEMA telah menganjurkan sebuah Sesi Pertemuan Ahli PEKEMA Zon Utara dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Tujuan utama majlis ini adalah untuk mengukuhkan hubungan antara ahli-ahli PEKEMA Zon Utara dengan pihak kerajaan JKDM serta sebagai platform bagi memahami prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak JKDM.
Dalam majlis yang berlangsung, terdapat sesi interaksi secara langsung antara ahli-ahli PEKEMA Zon Utara dan wakil dari JKDM Pulau Pinang. Sesi tersebut memberi peluang kepada kedua-dua belah pihak untuk bertukar pendapat dan mencari penyelesaian terbaik bagi perkara yang dibincangkan.
Majlis ini diharapkan dapat meningkatkan pemahaman ahli-ahli PEKEMA Zon Utara dan membentuk kerjasama yang erat antara pihak PEKEMA dan JKDM, serta menjadi platform berharga dalam memperkukuhkan industri kenderaan Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai perkembangan terkini PEKEMA, boleh layari laman web dan sosial media PEKEMA Malaysia.















