Johor Bahru, 21 Jun 2025 – PEKEMA telah menganjurkan sebuah Sesi Pertemuan Ahli PEKEMA Zon Selatan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Tujuan majlis ini adalah untuk mengukuhkan hubungan antara ahli-ahli PEKEMA Zon Selatan dengan pihak kerajaan JKDM serta sebagai platform bagi memahami prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak JKDM.
Di samping sesi perbincangan bersama pihak Perkastaman, turut diadakan sesi libat urus bersama ahli-ahli PEKEMA. Sesi ini memberi ruang kepada semua ahli untuk berkongsi pandangan secara terbuka, membincangkan cabaran semasa serta meneroka peluang dan strategi baharu bagi memperkukuh kedudukan industri.
Ia bukan sekadar pertemuan biasa, sebaliknya merupakan wadah penting untuk menyatukan pemikiran, menyelaras usaha, serta memperteguhkan kekuatan PEKEMA sebagai sebuah persatuan Bumiputera yang kini menghimpunkan lebih 400 ahli.
Sesi perjumpaan ini diharapkan dapat meningkatkan pemahaman ahli-ahli PEKEMA Zon Selatan dan membentuk kerjasama yang erat antara pihak PEKEMA dan JKDM, serta menjadi platform berharga dalam memperkukuhkan industri kenderaan Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai perkembangan terkini PEKEMA, boleh layari laman web dan sosial media PEKEMA Malaysia.












