
Program Demi Kasih anjuran Kelab Rekreasi & Sukan Staf PEKEMA (KRESMA) dengan kerjasama Need to Feed the Need (NFN) telah berjaya mengagihkan sumbangan makanan dan keperluan asas kepada gelandangan di Pusat Khidmat Gelandangan, Medan Tuanku, Kuala Lumpur pada 5 Oktober lalu.
Terima kasih kepada semua penyumbang dan sukarelawan yang menjayakan misi ini. Mari terus menyemai kasih dan empati sesama insan.
Sekecil mana pun pemberian kita, besar maknanya buat mereka yang memerlukan. Ayuh bersama-sama kita menghulurkan tangan, meringankan beban.




Views : 2




