Bagi menyokong pelaksanaan sistem percukaian digital negara, PEKEMA telah menganjurkan Kursus e-Invois khas untuk ahli-ahli PEKEMA pada 30 Jun 2025, di Wisma Yayasan PEKEMA. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan serta pemahaman mendalam mengenai pelaksanaan sistem e-Invois yang akan menjadi sebahagian daripada transformasi digital LHDN bermula 2025.
Langkah ini selaras dengan inisiatif kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 bagi meningkatkan kecekapan dan ketelusan sistem percukaian negara.
Bersama kita melangkah ke arah masa depan digital yang lebih efisien dan berintegriti.














