Koperasi PEKEMA Berhad (KOPEMA) terus mencatat pencapaian membanggakan apabila menerima Anugerah Peningkatan Kluster Koperasi Mikro ke Sederhana Negeri Selangor 2025 dalam Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi Rumpun Selangor 2025.
Majlis penghargaan ini telah berlangsung pada 13 Januari 2026 bertempat di Grand Ballroom, Hotel Wyndham Acmar Klang, Selangor, sekali gus mengiktiraf peranan dan sumbangan KOPEMA dalam memperkasa ekonomi ahli PEKEMA melalui pendekatan koperasi yang mampan, berdaya saing dan berimpak tinggi.
Pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat buat KOPEMA untuk terus memperkukuh kebajikan ahli serta menyumbang secara berterusan kepada pembangunan ekosistem keusahawanan dan industri automotif negara.










