Siri jelajah Ahli Jawatankuasa PEKEMA ke pengedar sah Dongfeng Cars Malaysia di Zon Utara melabuhkan tirainya di lokasi ketiga dan terakhir — DK Auto Car (M) Sdn. Bhd., yang terletak di Taman Limbungan Indah, 12100 Butterworth, Pulau Pinang.
DK Auto Car merupakan pengedar sah Dongfeng Cars Malaysia selepas Panca Abadi dan Fadason, sekali gus melengkapkan rangkaian sokongan jenama ini di wilayah Utara.
Menariknya, PEKEMA TV turut membuat liputan khas dan rakaman penggambaran untuk program Sembang Automotif edisi Zon Utara, bagi memperkenalkan ketiga-tiga pengedar sah ini kepada masyarakat dan mempromosikan peralihan ke arah mobiliti elektrik.
PEKEMA kekal komited memperkukuh jaringan bersama pengedar sah di seluruh negara demi menyokong pembangunan ekosistem EV Malaysia.
Siri jelajah akan diteruskan ke Zon Selatan tidak lama lagi. Nantikan!








