Siri jelajah Ahli Jawatankuasa PEKEMA ke pengedar sah Dongfeng Cars Malaysia di Zon Utara diteruskan dengan kunjungan ke Fadason Sdn. Bhd., lokasi kedua selepas Panca Abadi.
Fadason Sdn. Bhd., yang terletak di Bellisa Row, Jalan Burma, 10350 George Town, Pulau Pinang, merupakan pengedar sah Dongfeng Cars Malaysia yang bersedia memperkenalkan pengalaman mobiliti elektrik kepada warga Pulau Pinang.
Menariknya, PEKEMA TV turut turun padang bagi merakamkan penggambaran Program Sembang Automotif Edisi Khas Zon Utara dalam siri jelajah ke pengedar sah Dongfeng.
PEKEMA kekal komited memperkukuh jaringan dan menyokong pembangunan ekosistem EV bersama semua pengedar sah di seluruh negara.








