Jelajah AJK PEKEMA ke Zon Utara : Lokasi Pertama di Panca Abadi Sdn Bhd 🚗⚡
Ahli Jawatankuasa PEKEMA meneruskan siri jelajah ke pengedar sah Dongfeng Cars Malaysia di Zon Utara bagi memperkukuh jaringan kerjasama dan sokongan terhadap usaha memperkasakan jenama serta jualan kereta elektrik Dongfeng BOX.
Lokasi pertama yang dikunjungi adalah Panca Abadi Sdn. Bhd., pengedar sah pertama Dongfeng di Malaysia yang terletak di Krystal Point, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
PEKEMA komited dalam menyokong pembangunan ekosistem EV bersama pengedar sah seluruh negara.








