Sumbangan Program Alumni Dapur Madani UPM

Yayasan PEKEMA telah menyalurkan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi menjayakan Program Sumbangan Dapur Madani 2025.
Majlis simbolik kerjasama yang berlangsung pada 17 Disember ini turut diserikan dengan kehadiran YM Raja Petra Marudin (Naib Presiden PEKEMA) Encik Hafiz (AJK PEKEMA), Encik Suhaimi (Ahli Lembaga Pengarah Yayasan PEKEMA), Chapter Yosh (MyFundAction), FAIZA, Persatuan Alumni UPM serta Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) sebagai rakan strategik program.
Program ini bertujuan untuk merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam menangani isu kewangan dan memastikan akses kepada keperluan makanan yang lebih baik dalam kalangan mahasiswa. Melalui inisiatif ini, mahasiswa Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) dapat memanfaatkan kemudahan yang disediakan dengan memasak sendiri makanan, sekali gus membantu mengurangkan kos sara hidup harian.
Diharapkan agar pelaksanaan program ini dapat berjalan dengan lancar serta diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha berterusan dalam menyokong kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa.










