TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN SUMBANGAN YAYASAN PEKEMA

Berikut merupakan terma dan syarat permohonan sumbangan Yayasan PEKEMA. Pemohon yang bersetuju dengan terma dan syarat ini haruslah mengikuti dan membenarkan sepertimana yang berikut

  • Pemohon haruslah merupakan seorang warganegara Malaysia
  • Pemohon perlu memberikan maklumat yang lengkap serta dokumen yang diperlukan bagi memudahkan pemprosesan permohonan sumbangan
  • Setiap permohonan akan ditapis dan dibentangkan didalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Yayasan PEKEMA untuk kelulusan. Yayasan PEKEMA tidah termaktub untuk meluluskan semua permohonan yang dipohon dan dipersetujui mengikut budi bicara Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah.
  • Permohonan yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Yayasan PEKEMA akan dihubungi secara terus.
  • Pemohon bersetuju untuk berkongsi maklumat permohonan termasuk beberapa maklumat peribadi pemohon seperti nama, umur, gambar atau dokumen dan pekerjaan untuk dihebahkan melalui portal berita atau laman sosial Yayasan PEKEMA atau PEKEMA.