26 JUN 2024
Dewan Muda PEKEMA (DMP) dengan penuh rasa kesyukuran melaporkan kejayaan acara “Sesi Perjumpaan Bersama Ahli-ahli Baru PEKEMA” yang telah dianjurkan dengan sokongan penuh dari barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) PEKEMA. Acara ini dihadiri seramai 88 syarikat baru ahli PEKEMA, bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan di antara ahli-ahli baru dan lama PEKEMA serta menyediakan platform untuk berkongsi cabaran dan pengalaman dalam industri automotif tanah air. Antara agenda yang terkandung dalam acara ini ialah:
Taklimat SOP/Carta Aliran Menjadi Ahli PEKEMA & Memperbaharui Keahlian
Dibentang oleh En. Mohd Hafiz Bin Abdul Rashid, Biro Perhubungan Kastam dan Logistik PEKEMA.
Taklimat Pengimportan Kenderaan
Dibentang oleh En. Mohd Hafiz Bin Abdul Rashid, Biro Perhubungan Kastam dan Logistik PEKEMA.
Taklimat Carta Aliran Sistem PEKEMA-APDVS2.0
Dibentang oleh Eksekutif dari Jabatan Dokumentasi PEKEMA (En. Mohd Zharfan)
Sesi Perkongsian Pengalaman dan Cabaran Perniagaan Ahli PEKEMA
Perkongsian oleh En. Mohd Hafeezee Bin Mohd Sham (Zie Garage Sdn Bhd) dan Datuk Mohd Khairul Bin Yusof (English Wheeler Sdn Bhd)










