Pada 29hb Jun 2022 (Rabu) yang lepas, telah diadakan penyerahan sumbangan kepada SK Batu Arang, Selangor. Sekolah sedang menjalakan kutipan sumbangan untuk Pembinaan Kabin Siap Pasang untuk Bilik Pemulihan Khas Sekolah. Sekolah amat memerlukan sebuah bilik khas dari seunit kabin siap pasang bagi memenuhi keperluan murid-murid pemulihan khas.
Yayasan PEKEMA telah terpanggil untuk membantu dengan meluluskan dan menyerahkan sumbangan kepadanya sebanyak RM1,000.00 kepada sekolah. Sumbangan telah disampaikan oleh Pengurus Agihan Dana Yayasan PEKEMA iaitu Encik Mohd Yusof bin Rebu di pejabat sekolah SK Batu Arang, Selangor.