Anak bongsu daripada 4 orang adik beradik iaitu Danish Rayyan merupakan seorang kanak-kanak istimewa yang telah disahkan mengalami saraf penglihatan oleh pakar Hospital Serdang sejak berumur 3 tahun. Setiap tahun dia akan dibawa ke hospital untuk mencuci saraf menggunakan mesin. Terkini, doktor mengesahkan mata kiri hanya boleh berfungsi sebanyak 5% sahaja, manakala mata kanan sebanyak 60%.
Demi masa hadapan Rayyan, beliau telah dihantar belajar ke sekolah Pendidikan Khas di Brickfield oleh itu Rayyan memerlukan sebuah mesin braille untuk melakukan kerja sekolah semasa berada di rumah. Kos mesin berkenaan berharga RM4,140.00 sahaja. Memandangkan sumber pendapatannya hanya bergantung kepada pencen ilat suami, maka dia memohon sumbangan untuk mendapatkan mesin braille berkenaan
Ahli Lembaga Pengarah Yayasan PEKEMA telah meluluskan sebanyak RM 4,140.00 untuk membeli sebuah mesin braille untuk kegunaan pendidikan Danish Rayyan.
Alhamdulillah terbaik Yayasan PEKEMA
terbaik