Pada 22 Februari 2022 yang lepas, PEKEMA telah memberikan bantuan kemasyarakatan berupa wang bantuan sebanyak RM 3,000 kepada Pn. Suhana dan keluarga, Beliau merupakan seorang suri rumah yang menjaga 4 orang anak yang masih kecil dan suami pula cuma seorang pemandu lori yang hanya berpendapatan rendah.
Beliau sekeluarga memohon bantuan untuk menyelesaikan beberapa bayaran yang telah tertunggak lama serta membeli barang keperluan rumah. Anak kedua daripada empat adik beradik itu juga telah disahkan mengalami penyakit blout iaitu sakit kaki jadi melengkung.
PEKEMA telah berbesar hati meluluskan bantuan kewangan sebanyak RM 3,000 kepada beliau. Diharapkan dengan bantuan ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh beliau dan keluarga.