Pn. Siti Nur Sa’diah Binti Rahmat
Pada Julai 2022, Pn Sa’diah telah terjatuh dan beliau mendapati terdapat ketulan kecil di payudara bahagian kanan, beliau menyangkakan bahawa ianya hanyalah luka-luka kecil namun ketulan itu semakin membesar.
Pada bulan Oktober 2022, beliau telah membuat mamogram dan CT Scan dan beliau telah disahkan menghadapi kanser payu dara tahap 3. Pada Disember 2022, beliau telah menjalani kimoterapi di Hospital Sultan Ismail Johor Bharu sebanyak 8 kali (8 Cycle)
Pn Sa’diah merupakan seorang suri rumah manakala suami bekerja sebagai juruteknik yang memasang dan menyelenggara kipas.
Pada 30 Januari 2023, Yayasan PEKEMA telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM 3,000 kepada beliau dan keluarga. Sumbangan ikhlas ini disampaikan oleh kepada Dato’ Wan Sazrudeen, Datin Hjh Sharifah serta Encik Ikmal Haqemi di Wisma Yayasan PEKEMA Cyberjaya.


PEKEMA bersimpati terhadap penyakit yang dihadapi oleh beliau dan telah meluluskan sedikit sumbangan agar dapat membantu beliau dan keluarga menjalani kehidupan seharian.
Pada 27 Februari 2023, telah diadakan penyerahan sumbangan sebanyak RM 3,000 kepada Pn Sa’diah di Zaihar Motor Sdn Bhd dan disampaikan oleh En. Khairulnizam Bin Yahya, wakil syarikat Zaihar Motors Sdn Bhd.
