Anaknya yang ke-2 (Iman Nur Zara) telah disahkan menghidap Juvenile Huntington Disease with Epilepsi & Parkinson sejak berumur 4 tahun. Dia pemegang kad OKU kategori ketidakupayaan.
Disebabkan penyakit yang dialami, anak kecil ini kerap kali dimasukkan ke hospital kerana masalah sawan yang tidak dapat dikawal sekiranya mendapat jangkitan kuman. Iman Nur zara menyusu melalui ryle’s tube & perlu mengambil beberapa jenis ubat untuk mengawal pergerakan dystonia & sawannya.
Maslinda bekerja sebagai jururawat di Klinik Kesihatan Air Tawar 2, Kota Tinggi.
Rentetan itu, Yayasan PEKEMA terpanggil untuk meluluskan sumbangan sebanyak RM5,000.00 untuk membiayai kos rawatan serta membantu mengurangkan sedikit sebanyak bebanan yang dipikul. Sumbangan telah disampaikan oleh Pengurus Agihan Dana Yayasan PEKEMA iaitu Encik Mohd Yusof bin Rebu di rumahnya yang terletak di rumahnya di Kota Tinggi. Puan Maslinda mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yayasan PEKEMA di atas sumbangan yang diterima ini.