Masjid Annur Kampung Melayu Batu Caves
Masjid Annur yang telah dibina pada tahun 1983 dan terletak di Kampung Melayu Wira Damai berbesar hati memohon kepada mana-mana individu atau syarikat supaya dapat memberikan sumbangan untuk menaik taraf masjid yang telah uzur. Masjid yang terletak di kawasan perumahan yang mempunyai kediaman penduduk kira-kira seramai 5,000 orang, sudah tentu menjadi tumpuan orang ramai untuk menunaikan solat di sana.
Bangunan asalĀ adalah sebuah surau kecil yang hanya dapat memuatkan seramai 20 orang jemaah sahaja. Kemudian keluasan bangunan depan, belakang, kiri, & kanan ditambah sedikit demi sedikit sehingga akhirnya mampu menampung seramai 2,000 orang jemaah pada satu-satu masa.



Berkaitan dengan keperluan masjid untuk mengimarahkan masjid dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat untuk ahli qariah, maka masjid hendak menaiktarafkan fasiliti-fasiliti masjid termasuklah untuk membaiki bumbung masjid yang lebih baik kualitinya
Anggaran kos adalah sebanyak RM50,000.00 sahaja namun jumlah kutipan terkumpul hanyalah sebanyak RM26,000 sahaja

Pihak PEKEMA berbesar hati untuk memberikan sumbangan sebanyak RM 3,000 kepada Masjid Annur supaya dapat menambah dana bagi menaiktaraf masjid tersebut.